bintang kala kembali
datang menyinggah penghuni ke enam novemberi..
datang setahun sekali
esok 6 november 2008 bintang kala akan datang temankan aku seharian
selepas meninggalkan aku 365 hari yang lalu.
bintang oh bintang
bintang datang dengan penuh harapan
yang akan dibawa melayari 365 hari yang akan datang
oh bintang kala
sebagai peneman hati sanubari hari esok
dengarkan is hati ini
kepada tuhan yang satu
aku mohon
melalui hati
Sayang mak
Sayang abah
Sayang abang
Sayang akak
Sayang kak ina
Sayang farahin
Sayang ijal
Sayang muaz dan adik
Sayang sayang
Sayang semuanya
Sayang mereka sampai ke syurga
Sayang sepenuh jiwa raga
Sayang
Yang tak dapat diucapkan
Yang tak dapat dilaungkan
Sayang yang sentiasa tersemat di mata hati dan jiwa
Oh tuhan
Terimalah doa doaku,
Kurniakanlah atas kuasamu
Kesihatan jiwa dan fizikal,
Kurniakanlah atas kuasamu
Kebahagiaan yang sentiasa di hati kami,
Agar kebahagiaan itu membentuk senyuman di sanubari
Ya Allah Ya Tuhanku
Kau cucurilah rahmat ke atas roh arwah abahku dan saudaraku,
Tempatkanlah mereka dikalangan orang orang yang beriman dan dirahmati.
Ya Tuhan yang maha kuasa
Yang mencipta segalanya,
Kurniakanlah atas kuasamu,
Hidayah dan cahaya di hati kami.
Sayang sayang, sayang mereka
Sayang sepenuh jiwa raga,
Ya Allah Yang Maha Esa,
Hanya padamu aku meminta.
Amin.
itulah harapan hati
yang mengharapkan 365 hari yang akan datang
dilayari dengan kerahmatan dari Nya.rabu/November 5, 2008
No comments:
Post a Comment