Friday, November 14, 2008

keraguan

kadang terfikir aku di mana letaknya nilai persahabatan. perlukah ianya dicari, dikorek atau dipaksa-paksa kewujudannya? ataupun ianya akan timbul sendiri berlaandaskan keikhlasan? ataupun adakah ianya harus diluahkan untuk mendapat kepastian?? apakah maksud kawan? apakah maksud sahabat? aku meragui semuanya..

Wednesday, November 5, 2008

bintang kala kembali

kini giliran aku
bintang kala kembali
datang menyinggah penghuni ke enam novemberi..
datang setahun sekali
esok 6 november 2008 bintang kala akan datang temankan aku seharian
selepas meninggalkan aku 365 hari yang lalu.

bintang oh bintang
bintang datang dengan penuh harapan
yang akan dibawa melayari 365 hari yang akan datang

oh bintang kala
sebagai peneman hati sanubari hari esok
dengarkan is hati ini

kepada tuhan yang satu

aku mohon

melalui hati

Sayang mak

Sayang abah

Sayang abang

Sayang akak

Sayang kak ina

Sayang farahin

Sayang ijal

Sayang muaz dan adik

Sayang sayang

Sayang semuanya

Sayang mereka sampai ke syurga

Sayang sepenuh jiwa raga

Sayang

Yang tak dapat diucapkan

Yang tak dapat dilaungkan

Sayang yang sentiasa tersemat di mata hati dan jiwa

Oh tuhan

Terimalah doa doaku,

Kurniakanlah atas kuasamu

Kesihatan jiwa dan fizikal,

Kurniakanlah atas kuasamu

Kebahagiaan yang sentiasa di hati kami,

Agar kebahagiaan itu membentuk senyuman di sanubari

Ya Allah Ya Tuhanku

Kau cucurilah rahmat ke atas roh arwah abahku dan saudaraku,

Tempatkanlah mereka dikalangan orang orang yang beriman dan dirahmati.

Ya Tuhan yang maha kuasa

Yang mencipta segalanya,

Kurniakanlah atas kuasamu,

Hidayah dan cahaya di hati kami.

Sayang sayang, sayang mereka

Sayang sepenuh jiwa raga,

Ya Allah Yang Maha Esa,

Hanya padamu aku meminta.

Amin.

itulah harapan hati

yang mengharapkan 365 hari yang akan datang

dilayari dengan kerahmatan dari Nya.




Monday, October 27, 2008

semangat:semangat

terimalah kenyataan
bahawa si bintang xkan memalingkan mukanya
kepada aku:

aku tau sebab2nya.erm tapi siapa tau?? ish x bole kot. mungkin pendirian die mcm tu. x baik aku terus mengharapkan sesuatu yang bertentangan dengan pendirian die: ok xpe bintang aku faham:

wahai bintang
terus dekat dengan aku

*bulan jangan jeles ok?
*ape jeling2 cik burung? dah aku xnk cite kat ko lg. sbb ko x sampaikan pesan aku pd bulan kan??

Saturday, October 25, 2008

ye saye? kamu panggil saye?

encik terbanggggg...
erm betul la cakap ko
kalau aku pk2 balik kan
memang aku camtu
aku je yang nak kene pk semua bende
orang lain ade?
orang lain xde pon nk pk psl aku
xde pon nk susah2kan diri camtu
erm biarlah.lantaklah psl orang
aku mls dah nk bagi muka.ambik berat. dan sebagainye.
sukatilah ape orang nak buat
ade aku kesah?
erm terima kasih ye encik terbang

entah2

tu la lain kali jangan terlalu baik dengan orang
jangan senang2 percayakan orang
jangan harapkan sesuatu daripada orang
jangan susahkan orang

encik terbang tinggi
lepas ni buat ape2 pon sendiri je la.
x payah nak pk2 benda/org lain ek

ko dah cukup jaga hati orang lain
mudah utk rase bersalah untuk orang lain
senang je kesian kat orang lain

tapi orang lain??

ade dorang jage hati ko? xde kan?
ade dorang rase bersalah untuk ko?? xde kan?
ade orang lain kesian kat ko?? xde kan?
walaupun ko x harapkan kesian drpd orang lain..

cukupla
kurang2kan pk psl orang
lantaklah orang nak buat ape pon
ko layan je aku ni
kan encik terbang?
puaskan je hati ko kat sini.kankan??

dah x payah susah2 nk care psl orang
nak jage hati orang
nak concern pasal orang

orang lain ade buat camtu?

Friday, October 24, 2008

entah

susah nak carik kawan yang betul2 kawan kan?
buat hal sendiri lagi bagus
daripada mengharapkan sesuatu yang bernilai
dalam hubungan dengan kawan2
yang belum tentu lagi seperti yang diharapkan

jauhkan diri bukan bermakna sisihkan diri!

Thursday, October 23, 2008

di mana bulan?

malam yang semakin gelap
oh di mana bulan?
hati yang semakin jauh
oh di mana cinta?
cinta bulan pada bintang
cinta sua di gelap malam
erm..penat aku tunggu bulan.
tapi bulan tak muncul tiba.
mungkin perlu aku sahut si bulan
nanti tahu isi hati si pencinta

ermmm tapi ada awan mendung
yang halang aku melihatnya.


burung yg terbang tinggi tu!
tolong pesan pada bulan
aku tengah tunggu die ok?

burung!! dengar x ni??

Friday, October 17, 2008

-A.Samad Said-

Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja
Bila cukup detik kembalilah
Kita kepadanya
Kita datang ini kosong tangan dada
Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

Pada tetamu yang datang dan
Kenal jalan pulang
Bawalah bakti mesra kepada
Tuhan kepada Insan
Pada tetamu yang datang
Dan lupa jalan pulang
Usahlah derhaka pula
Pada Tuhan kepada insan

Bila kita lihat manusia lupa tempat
Atau segera sesat puja darjat
Puja pangkat
Segera kita insaf kita ini punya kiblat
Segera kita ingat kita ini punya tekad

Bila kita lihat manusia terbiar larat
Hingga mesti merempat ke laut biru
Ke kuning darat
Harus kita lekas sedar penuh pada tugas
Harus kita tegas sembah
Seluruh rasa belas

Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat
Kita datang ini satu roh satu jasad
Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

~ A. Samad Said

Wednesday, October 15, 2008

terbang

ingin terbang tinggi
meninggalkan sampah2 fikiran
memenuhi ruang bumi yang menyusutkan.
ibarat virus yg meresap dan memperlahankan operasi minda dan jiwa

credit to:nza

Tuesday, October 14, 2008

sahabat

s.a.h.a.b.a.t
Mungkin aku dah melepasi tahap lain

Atau aku telah menimbulkan satu perasaan atau cemuhan

Di hati kawan kawan

Mungkin apa yang di ucap

tidak disuka

Mungkin apa yang dibuat

Tidak dikenan

Mungkin apa yang ditunjuk

Tidak mendatangkan apa-apa

Kecuali jelik yang timbul

Aku yang harus mencari jawapan

Aku yang harus menyelesaikan

Aku yang harus merubah

Aku yang harus mengalah

Oh biarkan yang hitam itu pergi

Gantikan dengan yang putih suka

Biar yang manis diulang kali

Putikkan senyum di hati mereka

Kawan kawan

maafkan aku kalau pernah disakiti.

c.a.r.i

Aku mencari

Ketenangan hati

Melepaskan pilu

Menuturkan duka

Aku mencari

Jawapan yang tidak pasti

Aku mencari

Apa yang tidak dierti

Bagi merungkaikan persoalan hati

Tetapi jawapan yang masih belum pasti

Apa sebenarnya?

Adakah ini kehendak hati

Atau aku sudah melepasi satu garisan sempadan

Yang awalnya mencari bahagia

Tapi kadangkala terselit duka

Oh mungkin ini lumrah

Kadang kita suka kadang kita duka

Tapi jawapan itu sentiasa ada

Bila senyum bertandang di jiwa

jauhdarihati

jauh dari hati
benci
pilu
rintih

jauh dari hati
sepi
sendiri
ratapan
naluri

jauh dari hati
anjakan
emosi
meniti
hari

katadenganhati-ii

katadenganhati

merintih

Jeritan

saTu!!!

katadenganhati

monodrama diri

gila!!!

khayal??

katadenganhati

sendiri

sepi

katadenganhati

abadi

jeritan.senyuman.sesal.rintih

selamat semuanya.

saya terbang.tinggi:
satu halaman rintihan hati yang dijadikan teman untuk aku sampaikan jeritan.senyuman.sesal.rintih

kenapa?

aku seorang yang idealistik.emosi.perahsia.membosankan.pelik.sukar difahami


lebih mudah bagi aku untuk luahkan melalui katakata.