Wednesday, November 5, 2008

bintang kala kembali

kini giliran aku
bintang kala kembali
datang menyinggah penghuni ke enam novemberi..
datang setahun sekali
esok 6 november 2008 bintang kala akan datang temankan aku seharian
selepas meninggalkan aku 365 hari yang lalu.

bintang oh bintang
bintang datang dengan penuh harapan
yang akan dibawa melayari 365 hari yang akan datang

oh bintang kala
sebagai peneman hati sanubari hari esok
dengarkan is hati ini

kepada tuhan yang satu

aku mohon

melalui hati

Sayang mak

Sayang abah

Sayang abang

Sayang akak

Sayang kak ina

Sayang farahin

Sayang ijal

Sayang muaz dan adik

Sayang sayang

Sayang semuanya

Sayang mereka sampai ke syurga

Sayang sepenuh jiwa raga

Sayang

Yang tak dapat diucapkan

Yang tak dapat dilaungkan

Sayang yang sentiasa tersemat di mata hati dan jiwa

Oh tuhan

Terimalah doa doaku,

Kurniakanlah atas kuasamu

Kesihatan jiwa dan fizikal,

Kurniakanlah atas kuasamu

Kebahagiaan yang sentiasa di hati kami,

Agar kebahagiaan itu membentuk senyuman di sanubari

Ya Allah Ya Tuhanku

Kau cucurilah rahmat ke atas roh arwah abahku dan saudaraku,

Tempatkanlah mereka dikalangan orang orang yang beriman dan dirahmati.

Ya Tuhan yang maha kuasa

Yang mencipta segalanya,

Kurniakanlah atas kuasamu,

Hidayah dan cahaya di hati kami.

Sayang sayang, sayang mereka

Sayang sepenuh jiwa raga,

Ya Allah Yang Maha Esa,

Hanya padamu aku meminta.

Amin.

itulah harapan hati

yang mengharapkan 365 hari yang akan datang

dilayari dengan kerahmatan dari Nya.




9 comments:

Faizal Murad said...

serius sedih.. hmm.. moga2 hari2 mu dipenuhi dgn cahaya dan rahmat dari-Nya.. insya'Allah.. dlm diam2 pndai plak ea die ni berpuitis..hakhak

lovers rhapsody said...

thanks faizal: erm jgn ckp camtu blushing aku!

Anonymous said...

semoga bintang yangn datang setahun sekali memberi kerlipan yang sangat menyilau untuk menyinari hidup mu

lovers rhapsody said...

amin:

Anonymous said...

huhuhu syahdu nyer...tkper AIM aku phm naluri ko....dan sentiasa memahami..tk sangka ayat yg ko keluar sungguh syahdu...

lovers rhapsody said...

time kasih! eleh poyo.klu brani taruk la name ko??

IAC said...

selamat hari lahir kau yang bukan sekadar SaHABAT!,ada sesuatu yang terbekas,tersimpan,terbelenggu dalam relung hati kau...teruskanlah,maknakan tiapnya dengan tulisan juga rentetan,semoga kau kan bertemu!

lovers rhapsody said...

amin.time kasih.tp aku malu ko bace. aku x sehebat ko.

Ibnu K said...

sungguh puitis kata-katamu, mengharapkan bintang itu masih mahu bersinar menemani mu tatkala hari itu datang lagi.

InsyaAllah, Tuhan mendengar setiap doa, menunaikan setiap impian, kelak bila bintang kala itu tidak bersinar.. kau akan pergi tersenyum puas dan lega.. kerana semuanya sudah terlunas..